Pages

Showing posts with label kanak-kanak riang. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak riang. Show all posts

Friday, April 1, 2011

semak gula


taktau la kenapa aku skrg ni concern psl perkara yg berkaitan anak2 ni. nak kata ada anak, kawin pun belum. heh. maybe sbb aku ada ramai kwn2 yg dah ada anak. tu yg mcm terpengaruh tu. agaknya la. hehehe... tapi bagus jugak kot. blh guna info2 ni utk masa depan. cececehhh.... masa depan katanya. ;p

kali ni, aku nak ajak korang, pegi cek kandungan gula dlm susu yg korang bagi utk anak2 korang tu. mana tau terlebih sudahhh ke. kan tak elok utk kesihatan anak2 korang. nak cek pun tak susah mana, cuma pegi je kat website semak gula ni. eh... kat sini blh cek gula utk anak2 dari umur 1-6 tahun je tauu. nak cek kandungan gula dlm makanan sendiri tak blh ye. hee~

Wednesday, March 30, 2011

mari main gulee



ibu2 bapak2,
meh sini nak kenalkan korang dgn the so-called 'a safe virtual world for kids' yg bernama gulee ni. nampak tak pic kat atas tu. ada 10 haiwan2 comel utk dipilih. kalau nak pilih semua pun blh, tapi kena register utk akaun lain pulakla. 1 haiwan, 1 akaun. kalau malas nak register, tak payah nak tamak nak semua. ahaha. eh... tapi kalau nak register ni pun bukan susah pun. senang je.

gulee ni ada mcm2 aplikasi utk anak2 korang cuba. antaranya games, chatting, shopping n many more. apa yg bestnya ialah, gulee ni ada mates safety di mana parents blh control dgn siapa anak dia blh kawan & chatting. so, nanti takdela anak2 tu main kawan je dgn siapa2 je kan.

nak cerita byk pun aku rasa mcm tak berapa nak reti sbb baru je nak explore site ni. jadi, apa kata korang je pegi explore sendiri. hehehe. nanti boleh ajak anak2 tu jadi mate anak aku. eh3... aku takde anak, aku je yg main blh? hohoho

Monday, March 28, 2011

tunggu....

just so u know, i'm planning to open my own online shop. at first, i thought i wanna do it all by myself. but when i thought about it more seriously, i feel like i cant really do it on my own. i mean, not for this time being. skrg ni tgh bz sgt. heh.

utk itu, aku fikir lebih baik jalankan bisnes tu secara kongsi dgn kawan2. lagipun the more the merrier katanya. hehehe. so, kitorang dah sepakat nak jual produk yg berasaskan barangan bayi. apakah produknya? biarlah rahsia dulu ok. ;p buat masa skrg, kitorang tgh nak siapkan dulu our 1st project. belum siap pun lagi. hohoho. so, tak blh nak show off dlm ni ;p nanti dah siap, tunggula aku upload byk2 dlm belog ni. alrite?

so, peeps... tunggu kan kemunculan produk kitorang yg akan dikeluarkan tak lama lagi. insya Allah best. :D murah, cantik & special. cececehhh.. fyi, kedai online ini mungkin akan beroperasi melalui online blogshop kwn aku. nanti aku bagi linknya. but worry not, i will also put the gambar here so that, korang blh jamu mata. weehee...

please support us ya. tQ <3

Tuesday, March 1, 2011

kidzania

tak ingat la pulak tengok kat mana. tapi kalau tak silap pernahla tengok kat natgeo kot. ada cerita pasal kidzania kat jepun. kalau ikut kata pakcik wiki, kidzania ni taman tema yang merupakan replika sebenar sesebuah bandar tapi bersaiz kecil khas utk kanak-kanak. kat sini kanak2 blhla rasa mcm mana org dewasa bekerja. dorang boleh pilih mana2 kerja yg dorang nak sbb kat sini ada lebih 70 pekerjaan ditawarkan. wahh..ditawarkan gitu. mcm menarik je kan?

mula2 tu ingatkan kidzania ni ada kat jepun je tapi rupa2nya ada kat banyak negara lain jugak. dan kidzania ni sebenarnya originated kat mexico. pernahla aku google, nak cari info pasal kidzania. wujud ke tak kat malaysia ni kan. and i found this ~ kidzania in kl. khabarnya nak open to public in early 2012. wahhh!!! bestnya! i wanna go! i wanna go! eyyhhh~ utk kanak2 je kan. apsal aku pulak excited terlebih ni? lol.

oh..kenapalah masa aku kecik2 dulu benda2 mcm ni tak ada? kalau tak, takde la aku kecelaruan minda nak kerja apa skrg ni kan. masa kecik2 pegi try kerja kat kidzania dulu. dah besar pilihla nak kerja apa. dokter? peguam? ahli muzik? atendan pam minyak? u decide. gitu...

oklahh... pegi tgk video kat bawah ni~ okie dokie. nak pegi berangan jadik dokter kejap. ciao!


Saturday, February 26, 2011

mari main masak-masak



pernah tak tgk cite junior masterchef australia kat astro? kat channel star world kalau tak silap.seronok je kan tgk budak2 kecik pandai masak. makanan yg dorang masak pun bukan setakat simple2 mcm goreng telur dadar ke, sayur tumis air je ke. tapi makanan jenis2 yg selalunya boleh jumpa kat hotel je. eh..ke mmg makanan tu semua makanan ruji dorang? teehee...

nangis ok tgk budak2 pandai masak sampai tahap mcm tu sekali. sedangkan diri sendiri, dahla tak pandai masak sgt. rajin pun tidak. T____T jeles jugak tgk budak2 ni umur 8-12 tahun masak ala2 chef wan gitu.

program ni dah lama kot kat astro. yg aku tgk tu maybe ulangan je. almaklumla kat rumah sendiri takde astro. tumpang kasih rumah emak ayah seminggu sekali tgk astro. siaran ulangan pun ulanganla janji best.

my fav contestant ada 3 org. cuteeee-sgt-rasa-nak-cubit je dorang ni. hee~ dan ditampilkan sekali juara junior masterchef utk season ni.

ok. handsome guy yg kat atas tu ialah pierre. bukan pierre andre okeh. pierre andre tu chef dlm tiramisu jek. pierre yg ni umur baru 12 tahun. yg sebelah kiri pierre pulak ialah lucy baru berusia 11 tahun. yg baju merah tu pulak si comel siena. kalau kat malaysia ni kira siena ni baru darjah 3. sebelah siena yg baju pink muka riang ria di aidilfitri tu pulak juara junior masterchef ni iaitu isabella. kecik2 je budak2 ni, yet they're soooo talented.

kalau nak tau lebih lanjut pasal dorang & kawan2 silalah lawati official website junior masterchef australia ni. kat website ni mcm2 ada. nak tgk episod lepas2 pun blh. takdela nati kena tumpang tgk tv kat rumah emak ayah lg mcm aku kan. hehehe. lagi ada games, photos & mcm2 lagila. kalau nak resepi pun ada. nanti lepas ni bolehla cuba & bolehla main masak2 dgn anak masing2 pulak ye.

eh tunggu kejap ~ agak2 bila nak ada junior masterchef edisi malaysia pulak eh? tak pun junior imam muda ke? tak kan asik nak buat program nyanyi2 utk budak2 tu je kot.