
wahh!! mmg terbaikla speed broadband kat rumah aku ni. memanjang 0.00kbps. tadi aku cuba access kat ofis bukan main bahagia lg speed dia melaju. asal aku balik rumah je mula nak jadi siput. sakit jiwa la aku kalau tiap kali nak pakai internet jadi mcm ni. agak2, patut tak aku beralih arah kat broadband yg lain je? streamyx ke? agak2 ok tak?
dah setahun kot aku pakai broadband ni. so far, takdelah nak buat perangai mcm ni kan. setakat nak layan youtube takdela buffer2. tapi seminggu 2 ni mmg menguji kesabaran aku betulla benda alah ni. haihhh... dahla internet ni dah kira makanan ruji aku. mana nak tahan kalau tak boleh nak access dah kan. blh nangis oh.
tak kan aku nak kena access kat ofis je? gila nmpk sgt mcm aku tak buat kerja kan. lagipun kat ofis kan dah mmg ada internet. buat apa membazir pakai broadband. hehehe. okla2... 2-3 hari ni aku bagi canla kau nak merajuk ye broadband. kalau kata kau asik buat hal je, aku ceraikan kau...deal? kehkehkeh...

No comments:
Post a Comment