
today was a total disaster!







tajuk entri mcm nak ajak org gaduh je kan. hehehe.. tapi takdela aku gigih nak ajak sape2 gaduh pun. cumanya nak cerita la benda bengong yg berlaku pagi tadi. pagi tadi aku pegi kerja dgn penuh excited. semangatla kata kan. taktau apa pasal, hari ni lain mcm punya excited nak pegi kerja. siap takde dah nak terlajak2 tidur mcm selalu. perghhh... kagum dgn diri sendiri! cececehhh...
perjalanan nak pegi kerja hari ni panjang sikit. hari ni dan seperti hari2 sebelumnya, aku kena kerja outstation. 2 jam baru sampai tempat kerja. dah sampai2 tu excited ni keluar kereta. sekali amik kau!! skreeetttt...!!! eh... mcm tu ke bunyinya? ahh.. lantakla mcm mana pun bunyinya. yg pastinya sesuatu yg aku tak sangka bakal mencemar hari aku yg penuh semangat ni dah terjadi. senget betul la!!!
yg kain aku ni apahal la pulak kan gedik saja nak malukan aku pagi2 ni. blh pulak la tersangkut kat seat kereta tu. aku yg excited kononnya dari tadi ni, gelojoh sgt nak keluar kereta. sekali tgk2 abis koyak kain aku... senget je rasa. tiba2 je jadi kain belah kain bertangkup kain aku tu. seksi you. sampai nampak betis. free2 je aku dimalukan di hadapan 3 org lelaki. T____T tu tak kira lagi dgn org ramai yg pandang slek kat aku. ni perempuan gila mana dtg kerja pakai kain koyak ni? boleh byg tak perasaan aku? dahla hari ni kerja kena berdiri 8 jam. dgn ada ramai org lagi. mana aku nak taruk muka ni? mana nak sorok kain terkoyak ni? ni paling2 nak kena jahit balik pakai mesin jahit baru blh cover koyakan tadi tu. ada mesin jahit ke kat ofis ni? harusla takde kan. wuwuwu....
oleh krn takde pilihan lain, aku terpaksa bertabah buat2 mcm takde apa2 berlaku. mcm aku tak tau pun kain aku koyak. tak pun anggap jela mmg aku saja nak pakai kain belah hari ni. blh mcm tu?
eh tunggu kejap ~ aku ni mmg tak blh nak excited tak tentu pasal. biasanya kalau excited lebih2 nati end up adala benda senget nak jadik. sabar jelahhh...


susah betul nak memblog skrg. tak blh nak taip & terus publish. ni nak kena draft dlm word dulu. lepas tu baru blh copy paste dlm blog. copy paste pun nak kena laju2. leceh betul. ni semua gara2 broadband aku yg tak elok2 dari penyakit semputnya tu. memanjang je error sana sini bila nak connect. mcm2 hal lah kau. buat bazir je byr bil bulan2. wahhh... membebel pulak aku kat sini. tak pasal2 je. hehehe...
haippp~ jauh ke laut aku lari tajuk dah ni. ok, back to topic ye... topik hari ni pun berciri membebel jugak ni. kenalah tabah sampai abis episod bebelan ni. tapi ni membebel yg light2 je. takde nak emo2 tahap langit ketujuh punya. baik disclaimer siap2 sbb nati ada pulakla yg tuduh aku ni mcm2. ehhh... apa hal aku off topic lagi ni? senget betul la.
ok2... topik sebenar nak cerita psl rumah yg aku duduk skrg ni. tapi ini warning ye. cerita ni takde unsur2 angker-misteri nusantara-seekers kejadah semua tu. ni cerita saja nak bagi org bosan kalau baca je. eh. mcm ada org baca je kan... kuikuikui... ok, ceritanya mcm ni. rumah aku duduk ni kuarters. kuarters ni aku duduk dah setahun lebih dah. kalau tak silap, dapat je cf, aku pun terus masuk rumah. gitu gelojohnya aku kan. tapi aku bajet rumah baru sure good2 punya. yelaa.. dpt2 je first hand lg, kemungkinan dpt bekas yg dah pernah dirosakkan tu takdela. aku yakin pasti rumah ni terbaik dari ladang la kan. tapi semuanya mimpi di siang hari je. belum pun aku habis cuci rumah tu, tgk2 kat dapur dah leaking. aku apa lagi terus buat report cepat2. ok. problem yg satu ni setel.
tgk2 lepas setahun, satu2 aku tgk kerosakan muncul. muncul kau. mula2 kat dinding bilik air aku. taktau apa pasal entah mcm mengelupas. last2, aku tau jugakla kenapa. sbb leaking dari rumah atas, dinding aku serap sampai la hodoh nak bagi org tgk pun rasa malu. pasal nanti org ingat aku ni pemalas nak kemas rumah sampai rumah naik kulat mcm tu kan. tak habis kat situ, aku pegi cek kat bilik air master bedroom pulak, kat siling dia ambik kau selambak kulat dah beranak pinak kat atas tu. geli gila bila tgk. eeeuuuuwww....
penyakit dinding & siling berkulat ni skrg merebak pulak kat bilik air lagi satu. dah nampak dah simptom2nya tu. tunggu hari je nak meninggal. aku dah buat report dah. 2 kali buat report. sekali thru phone. satu kali lagi buat online report. mmg pegawai2 incharge tu dah respon dgn pantas kat report2 aku tu. terima kasihla byk2. tapi kontraktor yg kena baiki tu entah tahun bila dia nak datang baiki. prosedurnya, lepas report dgn pegawai, pegawai akan maklumkan kat kontraktor pasal report aku. kontraktor ni pulak akan call aku balik utk confirm date & time bila aku free, so that dorang blh dtg. ni jgn kan call, miss call pun takde. apa nak tunggu satu rumah berkulat baru kau nak dtg ke?
yg aku pelik sgt ni, kenapa baru setahun 2 dah mcm2 kerosakan dah kat rumah ni. bukan rumah aku je. rumah kwn2 aku pun sama. kalau mcm ni kualiti rumah ni, mcm mana blh lepas cf ni? pihak yg bertanggungjawab tu tak cek betul2 ke? dahla asal hujan je banjir depan rumah ni. kalah duduk tepi sungai kot air asik naik je bila hujan. maybe ni alternatif pereka rumah ni kot utk ganti kolam renang agaknya.
ehh.. dahla. senak pulak tangan aku nak menaip lagi. ni lah masalahnya kalau dah start menaip dlm word. feeling2 buat karangan bahasa melayu kertas 2 spm kau. karangan nak panjanggg aje kan. dah. aku nak pegi layan tv pulak. bai!


