Pages

Wednesday, March 16, 2011

shopping buku



sempena hari buku sedunia yg err... entah bila tu (ke dah lepas?) aku telah beli byk buku tadi. eh..aku tipu. aku bukan beli buku sempena hari buku pun. tapi beli buku sbb kwn aku pn ins (bukan nama sebenar) bagitau mph ada buat sale buku kat alamanda. thanks ye tlg bawak i pegi sana. hee~

sebanyak 9 buah buku telah berjaya dibeli dlm masa kurang 1/2 jam. tu baru 1/2 jam. cuba kalau 1/2 hari kat situ. harus bankrap sbb beli buku byk sgt. hohoho... sebenarnya bykkkk lagi nak beli tapi terpaksa sedar diri. hari ni hari keje, jgn nak shopping lama2. lagipun gaji belum masuk. sila dok diam2. T___T

antara buku yg dibeli, harusla novel oleh penulis favoriteku ~ faisal tehrani. aku beli novel 1515. iyee.. aku tau tu novel lama. tapi disebabkan aku dah terjebak jadi peminat tegar beliau, maka harusla pegi beli & kumpul semua novel beliau kan. tak kisahla novel baru ke lama. janji semua ada. barula obses namanya. hehehe... lagipun memang susah nak cari novel2 lama dia. tapi tadi tiba2 je ada byk pulak. tapi sedih oh... tak mampu nak beli semua. ada siapa2 sudi derma duit kamu utk aku? teehee...

8 buku lagi aku beli utk emak, aku, ayah, aku lagi, adik, aku, aku dan aku... hehehe. org tamak mmg mcm tu. ingat nak beli utk diri sendiri je. beli utk org lain tu cukup sebuah 2 je. blh gitu? ;p okeh.. utk sapa2 yg obses buku mcm aku, kamu belum terlewat lagi nak pegi habiskan duit. kalau tak silap tadi ada diskaun sebyk 20-70%. tapi sampai 27hb ni je. kalau lambat, sila tunggu sale lain kali pulak la ye :D

4 comments:

  1. wah!! bley plak kamoo berjimba2 di alamanda pd ari bekerja seperti ari ni??

    ReplyDelete
  2. bab nak abiskan duit aku mmg laju kak. tak kirala ari keje ke ari cuti...kekeke

    ReplyDelete
  3. kitorang gi time rehatla kak. tu yg dpt dok situ 1/2 jam je. tu pun lambat sket kuar da risau kot2 ada mata2... naya je ;p

    ReplyDelete