Pages

Showing posts with label rak buku. Show all posts
Showing posts with label rak buku. Show all posts

Friday, April 1, 2011

buku ikhtiar penyembuhan penyakit


assalamualaikum.

sempena hari jumaat yg mulia ni, aku nak introduce sebuah buku yg diterbitkan oleh persatuan kebajikan dan pengubatan islam malaysia atau lebih famous lagi dgn nama darussyifa'. buku ni ditulis oleh pengasas yg juga penasihat darussyifa' sendiri iaitu tuan guru dato' haron din. tajuknya ikhtiar penyembuhan penyakit dengan doa2 mustajab.


harga buku ni pun murah je. rm15 sahaja. blh dpt kat darussyifa' sendiri atau pun kedai2 buku berhampiran. ada diskaun rm2 utk ahli darussyifa & ada 40% diskaun utk pengedar. sila cek di sini.

menariknya buku ni ada doa2 yg blh dibaca sbg ikhtiar utk mengubat penyakit. yg dlm buku ni dato' haron din dah pilih & susun doa2 yg selalu diamalkan oleh beliau sendiri masa nak merawat pesakit2nya. antara doa2 yg ada dlm ni adalah doa syifa', doa ubati sihir & gangguan makhluk halus, doa pendekat JODOH (motif sgt highlight di situ. hehehe ), doa mudah dpt zuriat, doa kehilangan barang & mcm2 lagi.

kita ni bertuah sbb dato' haron din sudi nak kongsi ilmu dia dgn kita semua. insya Allah buku ni blh membantu sbg salah 1 ikthiar utk merawat penyakit (dgn izin Allah). jadi, apa tunggu lagi. pegila dptkan buku ni cepat2 tauuu...

apa yg penting kata dato' haron din ~
ingatlah Allah, nescaya Allah akan mengingatimu.

Wednesday, March 16, 2011

shopping buku



sempena hari buku sedunia yg err... entah bila tu (ke dah lepas?) aku telah beli byk buku tadi. eh..aku tipu. aku bukan beli buku sempena hari buku pun. tapi beli buku sbb kwn aku pn ins (bukan nama sebenar) bagitau mph ada buat sale buku kat alamanda. thanks ye tlg bawak i pegi sana. hee~

sebanyak 9 buah buku telah berjaya dibeli dlm masa kurang 1/2 jam. tu baru 1/2 jam. cuba kalau 1/2 hari kat situ. harus bankrap sbb beli buku byk sgt. hohoho... sebenarnya bykkkk lagi nak beli tapi terpaksa sedar diri. hari ni hari keje, jgn nak shopping lama2. lagipun gaji belum masuk. sila dok diam2. T___T

antara buku yg dibeli, harusla novel oleh penulis favoriteku ~ faisal tehrani. aku beli novel 1515. iyee.. aku tau tu novel lama. tapi disebabkan aku dah terjebak jadi peminat tegar beliau, maka harusla pegi beli & kumpul semua novel beliau kan. tak kisahla novel baru ke lama. janji semua ada. barula obses namanya. hehehe... lagipun memang susah nak cari novel2 lama dia. tapi tadi tiba2 je ada byk pulak. tapi sedih oh... tak mampu nak beli semua. ada siapa2 sudi derma duit kamu utk aku? teehee...

8 buku lagi aku beli utk emak, aku, ayah, aku lagi, adik, aku, aku dan aku... hehehe. org tamak mmg mcm tu. ingat nak beli utk diri sendiri je. beli utk org lain tu cukup sebuah 2 je. blh gitu? ;p okeh.. utk sapa2 yg obses buku mcm aku, kamu belum terlewat lagi nak pegi habiskan duit. kalau tak silap tadi ada diskaun sebyk 20-70%. tapi sampai 27hb ni je. kalau lambat, sila tunggu sale lain kali pulak la ye :D