tajuk entri mcm nak ajak org gaduh je kan. hehehe.. tapi takdela aku gigih nak ajak sape2 gaduh pun. cumanya nak cerita la benda bengong yg berlaku pagi tadi. pagi tadi aku pegi kerja dgn penuh excited. semangatla kata kan. taktau apa pasal, hari ni lain mcm punya excited nak pegi kerja. siap takde dah nak terlajak2 tidur mcm selalu. perghhh... kagum dgn diri sendiri! cececehhh...
perjalanan nak pegi kerja hari ni panjang sikit. hari ni dan seperti hari2 sebelumnya, aku kena kerja outstation. 2 jam baru sampai tempat kerja. dah sampai2 tu excited ni keluar kereta. sekali amik kau!! skreeetttt...!!! eh... mcm tu ke bunyinya? ahh.. lantakla mcm mana pun bunyinya. yg pastinya sesuatu yg aku tak sangka bakal mencemar hari aku yg penuh semangat ni dah terjadi. senget betul la!!!
yg kain aku ni apahal la pulak kan gedik saja nak malukan aku pagi2 ni. blh pulak la tersangkut kat seat kereta tu. aku yg excited kononnya dari tadi ni, gelojoh sgt nak keluar kereta. sekali tgk2 abis koyak kain aku... senget je rasa. tiba2 je jadi kain belah kain bertangkup kain aku tu. seksi you. sampai nampak betis. free2 je aku dimalukan di hadapan 3 org lelaki. T____T tu tak kira lagi dgn org ramai yg pandang slek kat aku. ni perempuan gila mana dtg kerja pakai kain koyak ni? boleh byg tak perasaan aku? dahla hari ni kerja kena berdiri 8 jam. dgn ada ramai org lagi. mana aku nak taruk muka ni? mana nak sorok kain terkoyak ni? ni paling2 nak kena jahit balik pakai mesin jahit baru blh cover koyakan tadi tu. ada mesin jahit ke kat ofis ni? harusla takde kan. wuwuwu....
oleh krn takde pilihan lain, aku terpaksa bertabah buat2 mcm takde apa2 berlaku. mcm aku tak tau pun kain aku koyak. tak pun anggap jela mmg aku saja nak pakai kain belah hari ni. blh mcm tu?
eh tunggu kejap ~ aku ni mmg tak blh nak excited tak tentu pasal. biasanya kalau excited lebih2 nati end up adala benda senget nak jadik. sabar jelahhh...

No comments:
Post a Comment