Pages

Showing posts with label once upon a time. Show all posts
Showing posts with label once upon a time. Show all posts

Friday, April 15, 2011

aku dah confirm!

Alhamdulillah. :D

iyeee... aku sedang hepi skrg. mau syer sama korang berita gumbira itu. tp krn busy & feeling2 hujan di hati (apekah?) lately, maka, niat memblog tu ditangguh dulu. sebenarnya, aku dah lamaaaa sgt tunggu benda ni. dan setelah setahun++ menunggu, akhirnya Allah telah menjwb doa aku. Syukur Alhamdulillah.

aku dah confirm! yeayyyy3!!! i mean, confirm jawatan. bukan confirm kawen ok. hohoho.

asalnya, pagi isnin hari tu aku dah reka2 karangan dah nak emel spa. aku nak tanya kat dorang apasal la lambat sgt aku punya confirmation ni kan. yg tak faham ialah kenapa org yg hantar lagiiii lambat dari aku & lambatttt sah lantikan dari aku dah sah jawatan tapi aku belum? maybe dorang guna konsep lifo kot masa proses borang tu. last in first out kot.

mmg aku ni bukanlah penyabar sgt, tapi kalau dah tunggu setahun tu blh faham kot kenapa aku gelojoh sgt nak kan confirmation tu. masa nak reka ayat tu, sambil2 tu pegila bukak fb mcm selalu. sekali aku terbaca ini ha : ~


tersentap jugakla aku yg gelojoh ni bila baca nasihat ustaz zaharuddin ni. insaf secara tiba2. masa tu mmg aku dah pasrah dah. akhirnya aku terima jugak hakikat yg aku ni belum ada rezeki nak confirm. jadi tak payah joyah sgt nak emel paksa2 org spa buat aku punya confirmation tu cepat2. T____T dan krn mengikut kata ayah aku supaya jadik seorang yg rasional & positif, aku pun lupakan terus niat nak emel spa.

tapi kan tgn aku ni mmg degil sikit. dia nak jugak pegi mengklik portal spa tu utk kesekian kalinya. walaupun pada hakikatnya, keputusan spa tu tetap sama walaupun dah cek 10 juta kali sehari pun. sekali tgk... jengjengjeng....

status : permohonan anda telah selesai diproses
tarikh pdp : 26/3/2010
tarikh pos surat : 8/4/2011

Alhamdulillah.... Alhamdulillah... All praises to Allah... All praises to Allah. :D
wahhh... feeling2 maher zain tiba2. lol.

tenkiuuuuu spa!! ailebiu <3 <3 <3 eh... terus tak jadik marah spa kau. hahaha. ehh.. sekian saja berita gumbira hari ini. Assalamualaikum. oppsss.. sebelum lupa, sila jgn mintak aku belanja ok? hahaha. kijam tak?

eh tunggu kejap ~ aku baru anta borang confirm aku kat spa dlm tahun ni jugak. yg sampai setahun tu bukan salah spa tau. yg tu salah er... salahh... eh... tak payah la bagitau. nanti mampus aku kalau bocor rahsia. takuttt~~

Sunday, March 13, 2011

saya yang bukan rajin

semalam aku baru balik dari jb. ada bengkel. sedih oh kena keje hari sabtu. tapi dah namanya keje, layankan aje. ingatkan hari ahad ni nak la tido lama2 sikit. almaklumlah penat katakan. penat apa pun taktaula. padahal bukan aku yg drive pun. lagipun takdela buat keje berat pun. setakat dgr ceramah dari pagi sampai ptg. makan sampai kembung perut. tu jelah. jadinya tak payah komplen byk ye. hehehe.

eh..apa cite tadi. oh ye... nak tido lama2 hari ahad. tapi tak blh. sbbnya hari ni aku nak kemas rumah. ehh.. apa pasal aku rajin pulak hari ni nih? hohoho... kalau takde org nak dtg, takdela aku beria sgt nak kemas. nak2 time mata aku meronta2 nak tido ni. hohh.. teruk gila perangai manusia ni. org nak dtg rumah baru nak kemas kauuu... biarla yg nak dtg tu indon kontraktor pun, gigih aku mop lantai semua ni ha. ambik...

siapa indon yg nak dtg tu? siapa lagi kalau bukan kontraktor yg nak betulkan rumah aku ni. hari khamis hari tu masa aku dah kat melaka, blh pulak dia call aku kata nak dtg dan2 tu jugak. kau gila? ingat aku blh patah balik semata2 nak sambut kau nak dtg. padahal aku dah pesan byk kali kot. kalau nak dtg sila bagi notis eh inform awal2. sbb nya aku ni kan bz (konon ah). kdg2 takdela aku keje sentiasa masa kat ofis terchenta tu. kadang2 aku ni kena pegi buat lawatan kat ofis org lain pulak. ofis org lain tu bukan dekat2 sini je. kat negeri2 lain pulak lagi. manala sempat aku nak lari2 pegi balik rumah semua tu. last2 aku suruh dia dtg je hari isnin.

dan sbb tu lah aku kemas rumah gigih sgt hari ni. sampai sanggup menggadaikan waktu tido di hari minggu yg indah ni. T____T tgh layan2 mop lantai tiba2 ada org call. "kak, esok saya nggak jadi dtg. saya dtg hari selasa blh nggak? " apaaaa?!!! kau tak jadi dtg? kau nak dtg selasa? suka hati kau je kan. hari selasa aku nak kena pegi outstation lagi ni. mana nak dpt. sudahnya aku suruh dia dtg isnin lagi 1 je. jgn dia buat hal cancel last minute mcm ni lagi dahla. aku tak larat nak layan.

last2 mop aku tu aku campak je dlm bilik air. dahlaa... malas nak mop lagi. baik aku pegi sambung tido tadi je. blh eh mcm tu? dasar pemalas!!! kuikuikui...

Tuesday, March 8, 2011

sila jaga tepi kain sendiri

tajuk entri mcm nak ajak org gaduh je kan. hehehe.. tapi takdela aku gigih nak ajak sape2 gaduh pun. cumanya nak cerita la benda bengong yg berlaku pagi tadi. pagi tadi aku pegi kerja dgn penuh excited. semangatla kata kan. taktau apa pasal, hari ni lain mcm punya excited nak pegi kerja. siap takde dah nak terlajak2 tidur mcm selalu. perghhh... kagum dgn diri sendiri! cececehhh...

perjalanan nak pegi kerja hari ni panjang sikit. hari ni dan seperti hari2 sebelumnya, aku kena kerja outstation. 2 jam baru sampai tempat kerja. dah sampai2 tu excited ni keluar kereta. sekali amik kau!! skreeetttt...!!! eh... mcm tu ke bunyinya? ahh.. lantakla mcm mana pun bunyinya. yg pastinya sesuatu yg aku tak sangka bakal mencemar hari aku yg penuh semangat ni dah terjadi. senget betul la!!!

yg kain aku ni apahal la pulak kan gedik saja nak malukan aku pagi2 ni. blh pulak la tersangkut kat seat kereta tu. aku yg excited kononnya dari tadi ni, gelojoh sgt nak keluar kereta. sekali tgk2 abis koyak kain aku... senget je rasa. tiba2 je jadi kain belah kain bertangkup kain aku tu. seksi you. sampai nampak betis. free2 je aku dimalukan di hadapan 3 org lelaki. T____T tu tak kira lagi dgn org ramai yg pandang slek kat aku. ni perempuan gila mana dtg kerja pakai kain koyak ni? boleh byg tak perasaan aku? dahla hari ni kerja kena berdiri 8 jam. dgn ada ramai org lagi. mana aku nak taruk muka ni? mana nak sorok kain terkoyak ni? ni paling2 nak kena jahit balik pakai mesin jahit baru blh cover koyakan tadi tu. ada mesin jahit ke kat ofis ni? harusla takde kan. wuwuwu....

oleh krn takde pilihan lain, aku terpaksa bertabah buat2 mcm takde apa2 berlaku. mcm aku tak tau pun kain aku koyak. tak pun anggap jela mmg aku saja nak pakai kain belah hari ni. blh mcm tu?

eh tunggu kejap ~ aku ni mmg tak blh nak excited tak tentu pasal. biasanya kalau excited lebih2 nati end up adala benda senget nak jadik. sabar jelahhh...

Friday, March 4, 2011

satu hari di bakeri

ok'ow.
tadi aku dah jatuhkan 5 kek marble kat 1 bakeri tu. kek2 tu semua hancur. ohhhh nOooO!!!
mcm mana ni? mcm mana ni? mcm mana ni? nak kena ganti ke? T___T

fiufiufiuuu.. buat tak tau. buat tak tau...
last2 aku buat selamba je pegi byr roti yg aku beli, lepas tu terus belah.
tak toleh2 dah. larikkkk...